Tuesday, January 14, 2014

Tentang Kehidupan



Kehidupan?
Kehidupan ini tidak semua indah belaka. Ada kisah suka dan duka di atas pentas dunia ini. Allah sentiasa berikan ujian kepada hamba-hambaNya termasuk juga dengan diri ini. 


Kadang-kadang aku merasanya diri aku malang dan tidak bernasib baik. Orang buat aku macam-macam pun aku masih berdiam diri. Aku masih mampu tersenyum walau hati aku di sakiti.Mungkin sebab aku tidak pandai buat orang atau sakiti hati orang. Aku tidak sampai hati. Aku juga merasakan kehidupan aku susah. Apa yang aku inginkan aku usahakan dnegan keras. Apabila aku melihat teman-teman, aku mudahnya mereka dapat apa yang mereka inginkan. Bapa siap belikan mereka kereta lagi, sedangkan aku?

Tapi aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan aku pada aku. Ada orang lain yang lebih susah dan sedih kisah hidup mereka aku. Bumi yang dipijak tidak aman. Setitis air mata aku tumpah melihat penderitaan rakyat-rakyat di Palestin dan Syria. Ya, Allah tabahnya mereka...

Dari situ aku mula sedar diri. Nikmat yang Allah berikan itu hanya seketika, jika Allah hendak tarik, maka akan tarik semuanya. Aku belajar untuk bersyukur. Belajar untuk memperbaiki diri. Belajar sentiasa mengingati kekhilafan sendiri. Aku memikirkan amalan-amalan untuk aku bawa ke sana nanti. Aku takut bekalan amalanku tidak cukup.

Ya, Allah... terima kasih kerana memberikan nafas untuk aku melihat hari esok.

No comments:

Post a Comment